Sunday, April 4, 2010

Nilai Sebuah Tangisan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi
Maha penyayang
menangislah kamu...
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi
dihiasi tangisan. Nyaring
berkumandang menghiasi

telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya
gembira penawar sakit dan
lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah
sebuah kehidupan yang baru didunia dengan
sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini,
bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka.
Adakalanya buih Kekecewaan
yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air
mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor
diperlimpahan.

Namun setitis air mata kerana takut kepada
ALLAH persis permata indahnya
gemerlapan terpancar dari segala arah dan
penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang
banyak mencucurkan air mata

Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena
harta dan kedudukan.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang
hilang. Perindu akhirat
menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil,
Alangkah sedikitnya
hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang
mulus penuh rakus,
mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang
redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan
dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap
kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang
menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup
dimulakan dengan tangis,
Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan
tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang
ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada
dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan
ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan
seorang pendosa lebih ALLAH
cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan,
kerana ada tangisan
yang akan mengakibatkan diri menangis lebih
lama dan ada tangisan yang membawa bahagia
untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang
menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada
Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana
kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa
sedih, lebih ALLAH
sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa
takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak
dunia hilang ilmu,hilang wibawanya. Ketawa
seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa
yang aku tahu nescaya kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan
terperanjat,melihat
orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang
menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,takut-takut tidak
Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar
diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang
berbuat dosa dalam ketawa, akan
dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau
Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut
ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi
kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik
bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari
nikmat, syurga dipagari
bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak
di kemudian hari. Kerana
engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau
hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka
satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-
abad lamanya bergantung kepada syafaat
Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah,
sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata
Nabi Adam yang menangis bertaubat, ka suburlah
dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu
memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali
seorang, aku takut akulah
orangitu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila
ditanya : "Kenapa engkau
menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi
untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak
sengaja terpandang wanita
rupawan. Diharamkan matanya dari memandang
ke langit seumur hidup,lalu
berkata : "Sesungguhnya engkau mencari
kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti
al Quran dikenali waktu
malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya
ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu
orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain
berbicara, khusuknya di waktu orang lain
berbangga, seharusnya orang yang mengerti al
Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi
seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras
dan
marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak
berhibur : "Bagaimana hendak
bergembira sedangkan mati itu di belakang
kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian
kami, neraka itu memburu kami dan perhentian
kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!...


panjangkanlah warkah ini pada adik2, sahabat2
semua...
-"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matiku
adalah untuk ALLAH SWT,tuhan sekalian alam"..

0 comments:

Post a Comment