Wednesday, August 26, 2009

Siapa Pencuri Terhandal???...

(Ceramah - peristiwa israk dan mikraj)

Bercerita mengenai israk dan mikraj, saya ingin menyentuh satu bab sahaja, iaitu takkala Nabi s.aw dan malaikat jibril a.s berhenti di masjid.., Nabi telah mengikat buraq di tiang berhampiran masjid sebagaimana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya.

di sini timbul soalan lebih kurang maksud yang di tanya oleh malaikat jibril a.s, kenapa ikat tali buraq itu pada tiang? Bukankah buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq kerana ia adalah makluk syurga,

Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda lebih kurang maksud, Aku takut umatku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan menganggap ini adalah sunnah, padahal jaga(pelihara) dahulu harta kamu, dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah.

di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam di tuntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, dan barulah bertawakkal kepada Allah.

Saya nak tanya.. apakah harta yang paling berharga?

hari ini Allah dah bagi banyak nikmat kat kita semua, ada kereta, rumah, anak, kerja dan sebagainya,

W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.!!!!

Nikmat-nikmat ni semuanya Allah yang bagi. Macam handphone, dulu org kaya jer boleh pakai, tapi skrg budak tadika pun boleh pakai, begitulah juga nikmat dunia ni yg mana semuanya Allah yg bagi walaupun org tu pijak Al-quran, hina NAbi, tak nak solat., minum arak dan mereka2 yg kafir serta murtad..

Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka?

Sebab dunia ini hanyalah sementara..dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah sayap nyamuk sajapun..maka pasti Allah tak akan bagi walaupun setuguk air kepada org kafir.

Tuan tuan yang saya muliakan…
Nikmat yg sebenar-benar nikmat adalah IMAN!!!..

Org kafir yg kaya-raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila mereka mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya..


Donald Trump atau Bill gates sekalipun jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…tapi org islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk syurga akhirnya… di beritakan syurga yang paling kecil, tapi syurga yg paling kecilpun adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yg lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi sulaiman manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari..nikmat mana lagi yg kita dustakan?


Tuan-tuan yang saya muliakan…

Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yg berharga maka dah tentu ada pencuri, kereta kita kunci, rumah kita kunci sebab benda itu berharga dan bimbang takut ada org curi.. dah kunci baru bertawakkal, macam Nabi ikat buraq…


Oleh yang dmikian, tentang iman,yang paling paling berharga- lagilah pencuri suka..

Siapa pencuri iman?

Syaitanlah pencuri iman yg paling handal…


Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!!!
kalau pencuri masuk kat rumah kita curi peti ais, televisyen dll, tapi saya rasa pencuri tu tak curi lampu , nasib baiklah engkau panas wahai lampu..
(ha ha ha)


Pencuri tu tak ambil duit satu sen yg kita punya baki bayar bil api/air.., pencuri tu tak ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi syaitan, bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun sebesar zarahpun dia ambik!!!

Oh..syaitan dah bersumpah untuk masukkan anak cucu Adam a.s sedaya-upayanya ke dalam neraka!!!

Tuan tuan sekalian,

Syaitan sangat faham nilai iman,
Syaitan faham bahawa org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk syurga akhirnya..
Iman adalah paling berharga sekali dalam dunia ini sebab jika kita beli kayu api, kita tahu bukan, berapa nilai kayu api ?, selonggok berapa ringgit ?,

kita juga tahu nilai gula,
sekilo berapa ringgit ?,

dan kita juga tahu nilai emas,
1 gram berapa ringgit ?,

tapi iman, dia punya measurement bukan setakat kilo, gram, miligram, tapi zarah!!!!, menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun dikira…!!! subhanAllah!!!

Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga yg paling kecil..tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.s yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam syurga selama-lamanya..

Tuan tuan sekalian,


Maka kerana itulah syaitan akan berusaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah…

Bagaimana syaitan curi iman kita?

Huh! Dengan masukkan dunia yg busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati kita melalui..mata (tengok dunia), mulut (cakap hal2 dunia), telinga (dengar kebesaran dunia) dan otak (ari2 duk fikir pasal dunia- dunia- dunia!!!!)...Allah cukup marah dgn org yg bercakap tentang urusan dunia kat masjid!!! Tertolak amalan kebaikan..oh..

Tuan tuan sekalian,

Iman ni macam darah, dalam badan, jika kita tiru aksi mat rempit, lalu kita tersalah ambik selekoh, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergoleklah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas,

Maka begitulah diibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat...iman keluar seperti pili bomba bocor, atau dalam hadith memberitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!!!
Nauzubillah!!!!


Akhirnya, jika mat rempit tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi… darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital.. dah tu pulak, si pesakit ni kena duduk diam2, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam – diam sampai darah dah habis masuk, kalau nak sembuh,..


Maka, begitulah juga kita semua termasuk saya sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah kerap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,

Duduk dalam suasana beriman lama lama,
telinga kena dengar banyak kebesaran Allah,
mata kena lihat banyak kebesaran Allah,
hati kena fikir banyak kebesaran Allah,
dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah,

dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri orang munafik, tak boleh lama dalam masjid, macam burung dalam sangkar,.. tapi kalau ada orang yang terus keluar, kena bersangka baik.. kalau tak kita pulak yang jadi munafik....,oh,

Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati!!!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati…

Tuan tuan sekalian,

Hati ni macam tasik yang mana ada 4 sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikiran..sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati, sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangkan 3 lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikiran baik, kerana kesemuanya mengalir ke tempat yang sama…
Maka keempat-empat sumber ini sangat perlu di jaga!!!, jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku, lutut dan lain lain… insyaAllah

Tuan tuan sekalian,

Syaitan berusaha berdasarkan hati, ini soal hati , syaitan tak menjelma mengganggu kita semasa solat, tapi syaitan faham, dengan membisikkan pada hati perkara yakin pada selain Allah juga ada kuasa.. maka sudah berlaku syirik.. dosa syirik tidak terampun masa jadi mayat kelak, masa hidup boleh lagi…

Saya takut bila yakin selain dari Allah ada dalam hati, maka jadilah syirik, ini soal hati yang paling besar, sebab tu ada syirik kecil, iaitu yakin dengan makluk lain.. nauzubillah, ini org munafik biasa buat..oh..Sebenarnya antara sebab musabab manusia masuk neraka ni ialah apabila manusia itu syirik dengan Allah…

Apa itu syirik?

Syirik adalah keyakinan kita kepada sesuatu yang mempunyai kuasa selain Allah…macam kita yakin :

-ubat boleh bagi sembuh
-kunci boleh jaga barang
-Makan boleh kenyang
-Tidur boleh hilangkan ngantuk
-Garu boleh hilangkan gatal
-insurance boleh menjamin masa depan
-tongkat ali boleh pagi ‘power’
-dan seribu sebelas ratus lagilah!

Maka bila kita yakin pada makhluk :maka syiriklah kita!


Macam org kafir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api, pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila kita yakin pada makluk2 ni..maka syiriklah kita, dan Allah telah berjanji akan mencampakkan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji..Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)

Yang takde iman..isk…
MEREKA KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA
Never ending story ..isk….

Bila usaha berdasarkan hati berjaya, maka hati akan jadi baik, dan baiklah seluruh anggota badan yang lain! dan insyaAllah, takkala malaikat maut ambil nyawa kita kelak, maka dari hati yang penuh dengan kebesaran Allah, dapatlah mengucapkan kalimah "La ila hail lallah!!!"(kalimah tauhid)

Dan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tauhid di akhir kalam: maka wajiblah syurga untuknya!!!
Oleh yang demikian, marilah kita berazam… untuk taat segala perintah Allah, ikut cara RAsulullah s.a.w.

Sebenarnya di dalam diri kita telah ada sebatang ‘besi’ yang panjangnya lebih kurang sedepa, bila tuan tuan dengar mana mana ceramah, maka 'besi' ini akan jadi panas, kerana 'semangat' untuk mengamalkan agama telah datang,
Tapi bila sebaik sahaja tok guru cakap ‘wallahua’lam’,


Maka semangat itu terus padam, dan seolah-olah besi itu terus di rendam ke dalam air, maka besi itu tetap menjadi besi, dan iman kita tetap maintain walaupun bertahun menadah kitab, solat berjemaah rasa malas, baca al-quran naik jemu dan lain lain lagi, kenapa?
Kerana tok guru atau ustaz tu tak ajak kita untuk buat apa yang mereka buat..!

Jadi hari ni bila tuan tuan hadirin sekalian telah bersemangat membaca ceramah saya, saya tak nak tuan tuan rendam 'besi' itu dalam air, saya nak tuan tuan sekarang juga pergi ketuk besi itu menjadi sesuatu, tak kisahlah jadi apa-apapun, nak bentuk jadi parang boleh, cangkul boleh, yang mana bila dah rendam dalam air kelak 'besi' itu dah tak menjadi 'besi' lagi tapi telah menjadi benda yang berguna, 'cangkul' misalnya, boleh buat gali kubur tanam mayat…

Akhir kata: Yang baik semuanya datang dari Allah, dan yang tak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri, kita tutup post ini dengan tasbih kifarah..

SEKIAN…..


Ps: Masih ada waktu dan ruang serta masa lagi untuk ketuk ‘besi’ buat ‘cangkul’, ketika semangat masih membara, selagi nafas terlekat di rongga, selagi langkah terus di perjalanan, … ketuklah 'besi' itu dengan semangat perjuangan harmoni, dah jadi mayat kelak… ‘cangkul’ itu juga yang berjasa… insyaAllah...

0 comments:

Post a Comment